Pages

.

Friday 2 December 2011

lamanya tak update blog

hm..dah lama rasanya chegu tak update blog..
biasalah, minggu-minggu sekarang ni,
banyak peminat2 (assignment) yang minta perhatian..hehehe..

chegu pulak jenis yang buat kerja last minute
apa tak sibuk!!
amek kau!!

haha..
^_^v

Tuesday 22 November 2011

Malaysia menang bola di SUKAN SEA!!

yaaa!!!
chegu yakin semua rakyat Malaysia dah tau yang Malaysia berjaya menang pingat emas dalam perlawanan bola sepak di sukan sea kelmarin!!
chegu pun happy sangat2, siap bersorak lagi depan tv..
dah hilang keayuan chegu smlm..heheh..^_^v

apa pun,chegu nak ucapkan tahniah kepada skuad harimau muda yang berjaya mendapatkan "pingat emas segala emas" di palembang kelmarin.
semoga di masa akan datang, skuad negara kita mampu memberi saingan yang lebih mantap lagi!!

~tidak lupa juga, Alfatihah buat 2 penonton Indonesia yang maut ketika bersesak-sesak di stadium itu kelmarin.~
http://mynewshub.my/2011/11/22/dua-peminat-maut-final-bola-sepak-sukan-sea/

Friday 11 November 2011




inilah serba sedikit tentang chegu





~was born on 1990~ 
~i was 11 years old...........(10 years ago..hehe..)~ 
~currently studying at UPSI~ 
~love to travel, making new friends and hang out with friends~ 
~also love to read novels (love and thriller story of course!!), online and sleeping hehehe~ 
~addicted to FACEBOOK~ 
~love my Pearl Island (Labuan) so much~
~love to be loved~


it's everything about love  
*wink wink*
^_^v

SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER

jom kita tambah follower!!
chegu nak jugak tambah follower kat blog ni.
almaklumlah, blog chegu ni baru setahun jagung
sangat-sangat tak dikenali ramai..huhu..
tetiba pulak sedih....:P

DOA MENCARI JODOH

Sebelum ni chegu ada kongsikan beberapa doa-doa yang boleh bantu kawan-kawan yang tengah rindu-rinduan, atau yang tengah putus cinta..huhuh.. jadi hari ni chegu nak kongsikan satu lagi doa untuk orang-orang yang mencari jodoh. 


yang dah kahwin, yang teringin nak berpoligami ke apa ke, jangan nak gatal-gatal nak cari lagi ek!!
huhuhu..




bismillahirrahmanirrahim...


ALLAHUMMA AB'ATS BA'LAN SHAALIHAN LI KHITBATI WA'ATHTHIF QALBAHU 'ALAYYA BI HAQQI KALAAMIKAL QADIIMI WA BI RASUULIKAL KARIIMI WA BI ALFI ALFI LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL "ADHIIMI WA SHALLALLAAHU 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA 'ALAA ALIHI WASHABIHII WASALLAMA WALHAMDULILLAHI ROBBIL 'AALAMIN. 




Ertinya: 
Wahai Allah, utuslah suami yang sholeh utk melamarku dan condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenarankalam-Mu yang qadim dan berkat utusanMu yg mulia dan berkat sejuta (bacaan) " Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil "Aliyyil 'Adhim (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dgn pertolongan Allah yang Maha Tinggi & Maha Kuasa). Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kami nabi Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Dan segala puj bagi Allah Tuhan semesta Alam.

11.11.11

assalamualaikum..^_^

hari ni merupakan tarikh yang sangat cantik.
ramai yang nak nikah hari ni.
tambah-tambah pulak hari ni hari jumaat kan,memang dah afdal sangat..
chegu pulak??
erk!! lama lagi kot nak kahwin.
belajar pun tak habis lagi..
hehehehe..^_^
tapi kalau ikutkan, niat dan keinginan nak kahwin tu memang ada!!
hahaha..
gatal la pulak..hehehe..

tapi bukan sahaja ramai yang kahwin hari ni,
tapi ramai jugak yang nak lahirkan anak mereka hari ni.
yala, tarikh dah cantik, mesti la banyak yang berlaku hari ni kan..^_^

semoga hari ni tak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.
macam tarikh 10.10.10 hari tu la,
tragedi kemalangan besar berlaku kat genting kalau tak silap chegu.
minta dijauhkan Allah daripada segala musibah....

tapi apa pun, salam JUMAAT untuk semua.
yang lelaki, jagan pula pura-pura lupa jalan ke masjid yea..
^_^v

Thursday 10 November 2011

fenomena menakjubkan di labuan ku tercinta

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

chegu nak kongsi sedikit apa yang berlaku pada beberapa hari lepas di sebuah pulau yang kecil tapi comel, iaitu Pulau Labuan.

dalam masa 4 minit, langit kelihatan lain dan seperti ada yang memerhatikan kita dengan marah!!
SUBAHANAALLAH, Maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi.
hanya DIA yang tahu makna disebalik kejadian ini.
dan buat kita yang masih punya rasa takut kepada Allah, segeralah bertaubat sebelum terlambat~

chegu tak dapat nak kongsikan video tu kat blog, tapi chegu berikan link untuk video tersebut. terima kasih kepada si tukang ambil video ni atas perkongsian ini.

http://www.facebook.com/photo.php?v=2359865170141

doa pengubat rindu

chegu baru saja terjumpa dengan doa yang menarik perhatian chegu.
ye la, chegu ni kn ala-ala perindu dari jauh gitu.
jadi di sini chegu nak kongsikan doa yang pernah dilafazkan oleh Nabi Yusuf untuk Zulaikha, isterinya.....


Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ..........(nama penuh insan tersebut),
sehingga aku menjadi kerinduannya.
Amin.....

InsyAllah, doa ni akan berkesan kalau selalu diamalkan. jadi lepas ni kalau rindukan seseorang, amalkan doa ni ya..^_^

chegu nak kurus

haa..sejak beberapa hari lalu, chegu ada cuba satu cara untuk kuruskan badan.
al-maklumlah, badan chegu ni tak berapa nak kurus,tapi tak gemuk tau!
chubby-chubby sikit je..hikhikhik...:P

jadi bila tengah shopping (shopping la sangat!!) barang-barang dapur kat kedai runcit depan UPSI hari tu, chegu  tertengok ternampak la losyen mustajab nih....



EXTRA HOT gitu!! chegu saja je beli extra hot, mana lah tahu kesannya lebih cepat kan? hehehe.. kawan chegu dah try, dia kata kalau nak nampak kesan, tak cukup satu botol. kena pakai hingga 2-3 botol baru nampak kesan. eh, botol ke?? tak kisah la, tak tahu nak gelar apa pulak. hehehe.. dan kena pakai berterusan, kalau berhenti, lemak tu pandai datang balik!! amboi, kurang asam betul lemak ni!!


tapi apa pun, chegu harap sangat chegu berjaya kuruskan badan dan hilangkan lemak-lemak yang menumpang teduh di badan chegu nih. hehehe. doakan chegu berjaya kurus yer.........
kalau chegu kurus, mesti badan chegu 'extra hot' macam Nora Danish ni kan..hehehe.. *wink wink*

Wednesday 9 November 2011

JANGAN BACA!!

Kamu tak dibenarkan membaca artikel ni,
ni dah ayat kedua, tolong berhenti membaca!
tak kisah siapa korang, tolong berhenti membaca!!
atau korang akan menyesal,
BERHENTI!! ak kata berhenti membaca!
kamu masih membaca artikel ni,
ak bagi warning sekali lagi,
jangan baca artikel ni!!

ni dah masuk perenggan kedua,
tapi kenapa korang masih baca artikel ni??
korang buang masa je klu masih baca artikel ni!!

hah? masih baca lg?
degil tul la korang ni,
arahan senang pun tak nak ikut!!

TAHNIAH!! korang dah habis baca artikel ni.
tapi korang kena tau,
yang saya dah berjaya buktikan yg korang memang
DEGIL dan TAK DENGAR CAKAP!!!

hahahahaha..^_^v

Friday 14 October 2011

pUtuS ciNtA??

Memang sukar untuk kita melupakan bekas kekasih,tunang,suami/isteri kita. Tambahan pula jika kita telah bersama dengan mereka untuk satu tempoh yang lama. Apa yang perlu kita buat, ialah kembali kepada Allah swt. saya juga ingin kongsikan doa yang mungkin dapat membantu kita melupakan bekas pasangan kita. Insyallah......





....dan yakinlah bahawa akan ada jodoh yang lebih baik untuk kita nanti. Amalkanlah doa ini agar kita didekatkan dengan jodoh kita......